Realme melancarkan Powerbank 10,000mAh bersama pengecasan 18W – Harga sekitar RM58

Realme bukan nama yang asing lagi dalam telefon pintar, ia adalah syarikat sub-jenama dari Oppo. Selain dari telefon pintar, Realme kini telah melancarkan Powerbank mereka sendiri.

Powerbank ini mempunyai kuasa 10,000mAh, mempunyai 1x port USB-C yang berfungsi sebagai input/output dan 1x port USB-A. Menariknya lagi, kedua-dua port ini menyokong pengecasan pantas 18W yang boleh mengecas penuh iPhone Xs Max hanya dalam masa 56 minit sahaja.

Selain pada itu, Powerbank ini mempunyai 12 jenis keselamatan dan ketahanan untuk menjamin penggunaan yang selamat dan juga paparan lampu LED untuk melihat tahap bateri.

Realme menawarkan 3 pilihan warna iaitu Kuning, Merah dan Kelabu bersama tulisan Realm yang besar dengan rekaan yang tampak premium. Ditawarkan dengan harga CNY 99 (~RM58) dan akan mula dijual bermula pada 12 September ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: