Rahsia tersorok aplikasi myunifi

Dalam setiap perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna, aplikasi juga memainkan peranan penting sebagai sokongan yang membantu meningkatkan mutu perkhidmatan.

Ada syarikat yang menawarkan media sosial untuk mendekati pengguna tapi bagi saya TM lebih menyediakan hubungan langsung dengan pelanggan lebih baik dan selamat melalui aplikasi myunifi.

TM sudah biasa dengan media sosialnya dan kali ini ia datang dengan aplikasi myunifi yang lebih kemas.

Diperkenalkan Julai lalu, aplikasi ini pada pandangan pengguna biasa memang nampak macam sekadar aplikasi lain di Google Play atau App Store namun kelebihannya jelas selepas anda muat turun.

Sudah pasti, ia disasarkan kepada pengguna myunifi jadi anda mungkin mahu memuat turunnya sekarang juga.

Saya akan ceritakan sedikit tentang aplikasi ini.

Setelah selesai muat turun, anda akan diminta mengesahkan akaun dengan memasukkan nombor ID (dalam kes ini, masukkan saja nombor kad pengenalan) kemudian sahkannya dengan nombor akaun unifi anda (ada pilihan lain tapi menggunakan nombor akaun unifi lebih mudah buat saya).

Apabila selesai, anda akan masuk ke antaramuka utama dan anda akan perhatikan di bahagian atas terdapat empat segmen utama iaitu:1. Account2. Pay Bills3. Support4. Rewards

Kemudian di bawahnya, terdapat ‘Explore our services’, ’What’s new’ dan ‘More apps’.

Saya akan terangkan satu-satu segmen utama dan saya akan mulakan dengan Rewards.

Sudah tentu saya pilih Rewards sebab ia bakal menjimatkan poket saya kan? Terkejut juga saya apabila terdapat ciri ini dalam aplikasi myunifi. Yelah, kita beranggapan ia sekadar aplikasi bayar bil yang membosankan, betul?

Rupa-rupanya banyak betul Rewards atau hadiah yang saya tidak tahu wujudnya dalam aplikasi.

Baru-baru ini saya ke Legoland dan membayar untuk harga tiket yang biasa. Saya tak sedar, dalam aplikasi myunifi mempunyai diskaun 30% sekiranya anda membeli tiket Legoland. Aduh!

Dah puas bermain baru saya sedar, ada untungnya sekiranya menggunakan aplikasi myunifi ini. Tapi tak mengapa, saya lihat tarikh tutup Rewards untuk Legoland ini sehingga 31 Disember 2019. Masih ada masa untuk ‘repeat’ kali kedua nanti. 

Cara untuk membuat tuntutan pada Rewards ini juga mudah, hanya klik pada ‘Get Deals Now’.

Bukan sekadar Legoland, setakat ini Rewards yang saya nampak termasuk 15% diskaun pembelian di Zalora, potongan sebanyak RM70 sekiranya anda mahu bermalam di Tune Hotel, 10% diskaun di SubHome dan RM10 untuk Cashback.

Bahagian ‘Account’.

Dalam segmen ini, terdapat Overview yang memperlihatkan jumlah penggunaan akaun anda.

Klik padanya dan anda akan dibawa masuk ke peringkat lebih terperinci terhadap bil anda.

Kalau anda mahu membayar bil anda, klik saja pada ‘Pay (jumlah)’ dan akan dibawa masuk ke payment gateway dengan pilhan bayaran sama ada melalui kad kredit, debit atau bayaran secara online.

Jika diperhatikan, ia juga akan memaparkan jenis akaun anda (dalam kes saya, melanggan unifi 300Mbps) dan tahap aktifnya akaun tersebut.

Klik padanya jika anda berminat untuk naik taraf akaun anda. Itulah kelebihan pada aplikasi myunifi ini. 

Tidak lagi perlu ke kedai TM dan sebagainya.

Manakala dalam bahagian Pay bills, sudah sama dengan langkah seperti di atas sebaik anda klik untuk membayar.

Tetapi menariknya, anda bukan saja boleh membayar untuk akaun anda semata-mata.

Klik pada Pay for anyone dan anda boleh masukkan nombor akaun, jumlah dan alamat emel untuk membayar untuk orang lain.

Mana tahu, anda sangat baik hati untuk membayarkan bil rakan atau ibu bapa anda?

Bagi segmen Support pula, ia menyediakan sokongan secara umum kepada komuniti unifi di bahagian atas.

Atau, anda boleh sambungkan ke laman sosial TM seperti Twitter dan Facebook.

Terdapat juga Live chat secara langsung dengan khidmat pelanggan TM dan respon mereka agak pantas dalam aplikasi ini. 

Anda perlu aktifkan notifikasi bagi melihat balasan kepada persoalan anda.

Juga terdapat self troubleshooting guide yang dihubungkan ke laman web sokongan TM.

Adakah aplikasi ini perlu ada kepada pelanggan? Ya memang betul. Ia sebenarnya WAJIB dimuat turun.

TM menawarkan Pelan Unifi yang hebat dengan kelajuan internet 30Mbps tanpa kuota pada harga RM89 sebulan.

Menerusi pelan ini, pelanggan boleh melayari internet dengan kelajuan muat turun sehingga 30Mbps dan muat naik sehingga 10Mbps. Bagi panggilan suara, anda akan dicaj 20 sen seminit.

Berikutan promosi pengenalan ini, mereka yang melanggan pada bulan ini akan menerima langganan sebulan secara percuma yang mana ia akan berakhir pada 30 September nanti.

Seperti biasa, anda akan mengikat kontrak selama 24 bulan bagi melanggan pelan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami