Peranti Vivo 5G kelas pertengahan akan dikuasakan dengan cip pemproses Samsung Exynos 980

Sebelum ini kita sudah mendengar beberapa ura-ura mengenai peranti terbaru dari Vivo yang akan menggunakan cip pemproses keluaran Samsung bersama teknologi 5G iaitu Exynos 980.

Pada temubual bersama Phoenix Network Technology, pihak Vivo telah mengesahkan bahawa syarikat itu bakal melancarkan peranti terbaru mereka pada penghujung tahun ini bersama cip pemproses Exynos 980 yang mempunyai teknologi 5G dan memfokuskan pada peranti kelas pertengahan.

Dari segi spesifikasi Exynos 980, ia direka dengan saiz sekecil 8nm octa-core processor dengan 2x prestasi-tinggi Cortex-A77 pada 2.2GHz dan 6x kecekapan Cortex-A55 pada 1.8GHz. Selain itu, ia juga mempunyai Mali-G76 MP5 GPU yang dicipta khas buat permainan mudah alih.

Tambahan lagi, ia juga turut menyokong WiFI 6, Bluetooth 5.0, GNSS, LPDDR4x RAM, UFS 2.1, eMMC 5.1 storage, menyokong paparan sehingga WQHD+, teknologi AI pada pelbagai aspek, menyokong dwi-kamera 20MP dan satu kamera 108MP.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: