Pengecasan tanpa wayar lebih pantas dengan Xiaomi “Mi Charge Turbo 30W”

Sebelum ini Xiaomi telah perkenalkan pengecasan pantas tanpa wayar yang pertama dengan kepantasan 20W buat Xiaomi Mi 9. Kini Xiaomi perkenalkan pengecasan yang lebih pantas dengan kuasa 30W yang digelar sebagai Mi Charge Turbo 30W.

Tambahan lagi, pengecasan tanpa wayar ini akan didatangkan sekali dengan peranti terbaru dari Xiaomi iaitu Xiaomi Mi 9 Pro 5G yang mungkin dikuasakan dengan Snapdragon 855+ dan bakal dilancarkan kelak.

Yang menariknya, peranti ini bukan sahaja menyokong pengecasan tanpa wayar 30W, malah mempunyai keupayaan mengecas peranti lain dengan kuasa 10W seperti fungsi PowerShare yang digunakan pada Samsung Galaxy Note 10.

Menurut Xiaomi, pengecasan ini mampu mengecas bateri 4000mAh dari 0% hingga 50% dalam masa 25 minit sahaja dan sehingga 100% hanya dalam masa 70 minit sahaja. Ia sememangnya solusi pengecasan tanpa wayar yang pantas!

Bukan itu sahaja, Xiaomi juga turut mengacah teknologi pengecasan tanpa wayar dengan kuasa 40W kini sedang dibangunkan dan pengecasan berwayar 100W. Kita mungkin akan diperlihatkan dengan teknologi ini pada tahun hadapan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: