Paparan skrin melengkung pada Huawei Mate 30 Pro tidak akan tersentuh secara tak sengaja

Semalam Huawei telahpun melancarkan siri Huawei Mate 30 yang mempunya beberapa pilihan model. Dan yang paling menjadi tarikan sudah tentu pada model Huawei Mate 30 Pro yang mempunyai paparan skrin melengkung dibahagian sisi digelar sebagai Horizon Display.

Apabila skrin melengkung, sudah pastinya ramai pengguna yang berpendapat bahawa skrin berikut akan mempunyai permasalahan seringkali tersentuh secara tidak sengaja seperti fon skrin melengkung lain. Tapi menurut Naib Pengerusi Huawei Bruce Lee, beliau telah mengatakan bahawa pengguna tidak akan menghadapi permasalahan berikut.

Menurut beliau lagi, paparan pada Mate 30 Pro telah dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu pada bahagian paparan utama di tengah dan dua bahagian sisi yang melengkung. Jika anda menyentuh bahagian melengkung, ia tidak akan terkesan pada paparan utama. Malah boleh menjadikannya sebagai pengawalan pembesar suara.

Sungguhpun kenyataan ini melegakan sesetengah pengguna, namun saya masih lagi ragu-ragu tentang hal ini. Kerana pendapat saya, anda harus menggunakannya terlebih dahulu sebagai fon harian anda untuk mengetahui bahawa permasalahan ini benar-benar tiada. Kerana pengalaman pengguna itu sendiri adalah jawapan yang benar.

(Sumber)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami