Pandu Grab walau berkerusi roda, Siti tetap cekal

Siti Fatimah (bertudung biru) antara yang mendapat manfaat sebagai pengusaha dalam program Grab

Bagi Siti Fatimah Badrun, hidup menggunakan kerusi langsung tidak mematahkan semangatnya mencari rezeki halal.

 

Mujur ada Grab, syarikat e-hailing tersebut memberi peluang kepada mana-mana individu istimewa untuk mencari ‘makan’ Bersama mereka.

 

“Saya menggunakan kerusi roda kerana tidak mampu bergerak sejak lahir lagi. Dari dulu saya merasakan mungkin peluang terhad dalam dunia pekerjaan ini tapi tapi tidak menyangka peluang itu tetap datang,” katanya.

 

Katanya, Grab memberi peluang kepada individu sepertinya untuk meningkat tahap diri dengan menjana pendapatan apatah lagi keadaan dirinya mungkin dikatakan menyusahkan.

 

“Pada mulanya, saya memang agak berat namun saya cuba juga buat Grab selepas mendapat sokongan rakan-rakan. Semakin hari mendatang, saya banyak belajar dan sudah tentu ‘enjoy’ buat Grab.” Katanya.

 

Siti Fatimah antara 500 individu istimewa yang berpeluang menjana pendapatan Bersama Grab dari memandu kenderaan e-hailing sehingga menghantar makanan.

 

Berbanding hanya 250 individu tahun lepas, program Grab di bawah kempen Break the Silence.

 

Individu istimewa termasuk mereka yang pekak dan ‘celebral palsy’.

 

Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh berkata, ia merangka beberapa pelan untuk menambah baik kemudahan kepada golongan istimewa ini termasuk penubuhan jawatankuasa, mesin lebih baik untuk GrabFood dan GrabPay, GrabChat untuk golongan pekak dan penggunaan bantuan komunikasi dengan pelanggan melalui aplikasi.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: