OnePlus mengacah pelancaran rasmi siri OnePlus 7T yang akan hadir pada 26 September ini

Hari ini OnePlus telah mengesahkan bahawa syarikat itu akan melancarkan peranti terbaru mereka iaitu siri OnePlus 7T ini yang dijangkakan akan hadir dengan 3 pilihan model OnePlus 7T, OnePlus 7T Pro dan edisi khas OnePlus 7T Pro McLaren

Mengikut jadual pelancaran yang dikongsikan, siri OnePlus 7T akan dilancarkan pada 26 September ini di New Delhi, India dan bukan di China. Manakala di London, UK dijadualkan pelancarannya pada 10 Oktober ini.

Berdasarkan ura-ura yang telah tular, OnePlus 7T dikhabarkan akan mempunyai paparan skrin yang sama seperti OnePlus 7, cuma rekaan kamera sedikit berbeza yang berbentuk bulat. Manakala OnePlus 7T Promasih mengekalkan rekaan seperti OnePlus 7 Pro. Apa pun, sama-sama kita nantikan pelancarannya nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami