OnePlus 7T kini rasmi – Hadir dengan Snapdragon 855+, paparan 90Hz dan WARP Charge 30T

OnePlus 7T akhirnya telah rasmi dilancarkan oleh OnePlus pada acara khas yang diadakan di India hari ini. Dari segi spesifikasi, OnePlus 7T dikuasakan dengan Snapdragon 855+, memori 8GB RAM dan sehingga 256GB storan bersama UFS 3.0.

Paparan skrin yang digunakan masih mengekalkan skrin bertakuk yang bersaiz 6.55-inci FHD+ resolusi 2400 x 1080 piksel dengan paparan AMOLED bersama kadar segar semula 90Hz dan turut mempunyai paparan HDR 10+ juga masih tiada bicu audio 3.5mm.

Manakala pada bahagian kamera, ia seperti yang telah didedahkan oleh Pete Lau sendiri sebelum ini dengan rekaan berbentuk bulat yang hadir dengan tri-kamera 48MP kamera utama, 12MP telefoto dengan 2x zoom dan 16MP sudut ultra-lebar. Kamera swafoto pula menggunakan 16MP f/2.0.

Pada bahagian lain, ia turut dibekalkan dengan bateri sebesar 3800mAh bersama pengecasan pantas WARP Charge 30T yang mampu mengecas bateri 70% dalam masa 30 minit sahaja. OnePlus 7T juga adalah fon pertama yang hadir dengan Android 10 dalam kotak jualan. 

Harga jualan buat pasaran India bermula dengan INR 38,000 (~RM2,241) buat storan 128GB dan INR 40,000(~RM2,359) buat storan 256GB. Akan mula dijual di Amerika Syarikat bermula 18 Oktober ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami