Nubia Red Magic 3S akan hadir dengan skrin 90Hz dan getaran 4D

Seperti kita tahu baru-baru ini Nubia telah kongsikan tentang pelancaran rasmi Nubia Red Magic 3S yang dijadualkan pada 5 September ini di China dan berbaki beberapa hari sahaj lagi ia akan dilancarkan.

Kini menerusi perkongsian di Weibo, Nubia telah mengesahkan bahawa Red Magic 3S akan dilengkapi dengan kadar segar semula 90Hz seperti Red Magic 3 yang dilancarkan pada April yang lepas dan getaran 4D untuk pengalaman permainan mudah alih yang lebih baik.

Selain itu, Red Magic 3S juga dijangkakan akan dijana dengan cip pemproses Snapdragon 855+ untuk prestasi permainan mudah alih yang lebih baik.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: