Main Apple Arcade di iPhone X menggunakan alat kawalan DualShock 4 PlayStation 4

Disamping kepelbagaian fungsi baharu yang ada pada iOS 13 yang telah dilepaskan buat semua pengguna iPhone di Malaysia pada 20 September yang lepas, Apple Arcade juga turut tersedia buat pengguna iPhone.

Apple Arcade adalah permainan mudah alih yang baru diperkenalkan pada bulan Jun yang lalu disamping iOS 13 dan iPadOS. Menariknya dengan Apple Arcade ini, langganan bulan hanya serendah RM19.90 sahaja sebulan dan boleh berkongsi dengan ahli keluarga melalui fungsi ‘Family Sharing’.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh dimainkan pada iPhone, iPad, MacBook, iMac dan Apple TV. Terdapat banyak juga permainan mudah alih yang unik dan ekslusif hanya dalam Apple Arcade sahaja. Tonton video dibawah :

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: