Kemaskini iOS 13.1.1 dan iPadOS 13.1.1 telah dilepaskan buat pengguna di Malaysia

Untuk beberapa hari ini Apple telah melepaskan dua kemaskini iOS buat pengguna iPhone di Malaysia iaitu iOS 13 (20 September) dan iOS 13.1 (25 September), juga iPadOS 13.1 pada 25 September yang lepas.

Kini Apple sekali lagi melepaskan kemaskini iOS 13.1.1 dan iPadOS 13.1.1 buat pengguna iPhone dan iPad di Malaysia. Dalam masa 8 hari, Apple telah melepaskan 3 kemaskini iOS dan ia bukan sesuatu yang baik buat pengguna.

Pada kemaskini kali ini, Apple memfokuskan pada baikpulih pepijat yang dihadapi oleh pengguna iPhone pada iOS 13.1 dan isu keselamatan dari papan kekunci pihak ketiga. Jika anda menghadapi sebarang pepijat atau fungsi yang tidak stabil, anda boleh kemaskini kepada iOS 13.1.1 ini.

10 Perkara paling menarik dengan iOS 13 :

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: