Jenama Realme adalah fon paling laris di Lazada

Lazada adalah salah satu platform penjualan yang cukup terkenal di Malaysia disamping Shopee. Baru-baru ini juga kita tahu bahawa Lazada membuat penjualan besar-besaran 9.9 pada 9 September yang lepas.

Jenama Realme juga sempat menyertai jualan buat telefon pintar mereka buat model Realme 3 Pro 4GB RAM + 64GB storan yang ditawarkan secara ekslusif di Lazada dengan harga RM699. Selain itu telefon pintar kelas bajet Realme C2 dengan 2GB RAM + 16GB juga turut ditawarkan dengan harga RM299.

Dalam penjualan besar-besaran Lazada 9.9, jenama Realme telah berjaya menjadi jenama telefon pintar dengan penjualan yang terbaik buat Lazada 9.9 tempoh hari. Ia sememangnya baju loncatan buat jenama Realme di Malaysia.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: