iPhone XR mendapat kutipan penjualan fon terbanyak dengan jumlah 26.9 juta unit secara global

iPhone XR adalah salah satu peranti yang terkenal dikalangan pengguna iPhone kerana keunikan warnanya yang mempunyai pelbagai pilihan warna menarik berbanding iPhone Xs dan iPhone Xs Max. Ia mula diperkenalkan pada September 2018.

Mengikut harga jualan di Malaysia, iPhone XR dijual dengan harga bermula RM3,599 untuk 64GB, RM3,849 untuk 128GB dan RM4,299 untuk 256GB. Ia juga adalah iPhone kelas bajet yang dikeluarkan oleh Apple yang masih mengekalkan panel skrin LCD dan ketahanan bateri yang mengagumkan.

Kini menerusi laporan dari penganalisa, penghantaran iPhone XR telah mencecah 26.9 juta dan diikuti oleh Samsung Galaxy A10 dengan 13.4 juta, Samsung Galaxy A50 dengan 12 juta dan iPhone 8 dengan jumlah 10.3 juta penghantaran. Menjadikan iPhone XR mendapat penghantaran paling banyak secara global.

Laporan ini telah dikeluarkan oleh Informa Tech LLC dengan hasil penghantaran secara global pada separuh tahun pertama 2019 iaitu sekitar bulan Januari sehingga bulan Jun tahun ini.

Selain dari iPhone XR, Redmi 6A juga tersenarai ditangga ke-5 dengan jumlah 10 juta dan diikuti dengan Redmi Note 7 dengan jumlah yang sama. Seterusnya terlihat juga iPhone Xs Max dengan jumlah 9.6 juta penghantaran ditempat ke-9.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: