iPhone 11 telah mula dijual hari ini di Singapura, manakala di Malaysia pada 27 September ini

Pada acara khas Apple yang berlangsung 11 September yang lepas waktu Malaysia, Apple telah melancarkan siri iPhone 11 yang hadir dengan 3 pilihan model iaitu iPhone 11 (pengganti iPhone Xr), iPhone 11 Pro (pengganti iPhone Xs) dan iPhone 11 Pro Max (pengganti iPhone Xs Max).

Buat siri iPhone 11 kali ini, Apple dilihat sangat memfokuskan pada keupayaan kamera dengan kepelbagaian fungsi-fungsi baharu. iPhone 11 kini mempunyai dwi-kamera 12MP dan iPhone 11 Pro/Max mempunyai tri-kamera 12MP. Ketiga-tiganya juga dikuasakan dengan cip pemproses A13 Bionic yang berkuasa.

Hari ini pada 20 September, penjualan secara global telahpun bermula termasuk negara jiran kita yang paling terdekat iaitu Singapura. Terdapat juga beberapa pengguna di Malaysia yang tidak melepaskan peluang untuk menjadi pengguna iPhone 11 pertama dengan membelinya di Singapura.

Menariknya lagi, penjual iPhone yang sah hari ini telahpun membuka tempahan siri iPhone 11 dan akan menemui semua pengguna Malaysia pada 27 September ini (Jumaat). Malah, penjualan di Malaysia juga akan bermula pada hari yang sama, seminggu sahaja lagi. Setelah sekian lama, akhirnya iPhone baru dijual dengan lebih awal dari kebiasaan.

Berikut adalah harga jualan rasmi di Malaysia :

iPhone 11

  • 64GB – RM3,399
  • 128GB – RM3,599
  • 256GB – RM4,099

iPhone 11 Pro

  • 64GB – RM4,899
  • 256GB – RM5,599 
  • 512GB – RM6,499

iPhone 11 Pro Max 

  • 64GB – RM5,299 
  • 256GB – RM5,999 
  • 512GB – RM6,899

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: