Huawei Watch GT 2 mungkin dilancarkan bersama siri Huawei Mate 30

Sudah hampir setahun Huawei Watch GT diperkenalkan dipasaran dan dilancarkan pada tahun lepas bersama Huawei Mate 20. Kini menerusi maklumat yang tertiris, Huawei mungkin akan melancarkan Watch GT 2 pada pelancaran Huawei Mate 30 pada 19 September ini di Munich, German.

Laporan turut mendedahkan bahawa jam tangan pintar ini menggunakan kod nama ‘Latona’ dengan nombor model LTN-B19. Menerusi gambar, dapat lihat bahawa Watch GT 2 ini masih mengekalkan 2 butang dibahagian tepi dan rekaan yang maskulin.

Pada bahagian lain, bingkai skrin yang digunakan dilihat lebih nipis dan skrin yang lebih besar berbanding model Watch GT yang lepas. Dan apa yang boleh dijangkakan lagi adalah mempunyai bateri lebih besar.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: