Huawei Vision – Televisyen pintar dengan paparan 4K, kamera pop-naik dan teknologi AI

Kemeriahan acara khas Huawei hari ini bukan sahaja melancarkan siri Huawei Mate 30, malah Huawei juga turut melancarkan televisyen pintar mereka yang digelar Huawei Vision dengan paparan 4K.

Nama yang digunakan juga sama seperti sub-jenama mereka iaitu Honor yang sebelum ini juga turut perkenalkan televisyen pintar pertama mereka Honor Vision yang menggunakan sistem operasi Harmony OS.

Huawei menawarkan Huawei Vision dengan 2 model iaitu saiz 65-inci dan 75-inci untuk permulaan. Manakala model 55-inci dan 85-inci akan hadir kelak. Huawei Vision mempunyai paparan 4K warna quantum dot, bingkai yang nipis, kamera pop-naik dan menjalankan sistem operasi Harmony OS.

Selain pada itu, Huawei Vision juga turut menyokong pengawalan IoT (Internet of Things), gabungan multi-skrin, teknologi berasaskan AI, sistem keselamatan dan pembesar suara profesional 5.1.

Perkara menarik lain adalah terletak pada alat kawalan jauh yang mempunyai fungsi yang unik seperti pad sesentuh, boleh dicas menggunakan USB-C, butang pintar, butang pelbagai guna dan pembantu suara maya.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: