Huawei Mate 30 RS Porsche Design juga turut diperkenalkan dengan harga sekitar RM9,706

Selain dari Huawei Mate 30 dan Huawei Mate 30 Pro, Huawei juga masih mengekalkan kerjasama antara mereka dengan Porsche untuk mengeluarkan model ekslusif Huawei Mate 30 RS Porsche Design.

Dari segi spesifikasi, ia hampir sama seperti Huawei Mate 30 Pro yang mempunyai skrin OLED ‘Horizon Display’ yang bersaiz 6.53-inci yang turut melengkung pada bahagian sisi. Cip pemproses Kirin 990 5G, memori 12GB RAM dan 512GB storan.

Keunikan Mate 30 RS adalah terletak pada rekaannya yang menggunakan jenis kulit asli yang premium buatan tangan dan mempunyai garisan kaca berwarna hitam pada bahagian tengah disamping quad-kamera 40MP + 40MP + 8MP + ToF dan kamera swafoto 32MP.

Pada bahagian lain, ia mempunyai bateri sebesar 4500mAh, pengecasan pantas 40W dan pengecasan tanpa wayar 27Wkawalan gestur tanpa sentuh skrin, pengimbas cap jari di skrin, Invisible Virtual Key (sentuh dibahagian tepi skrin) dan pelbagai teknologi AI yang diintegrasikan untuk kegunaan privasi.

Mate 30 RS 12GB RAM + 256GB storan ditawarkan dengan harga bernilai EURO 2,095 buat pasaran eropah, iaitu sekitar (~RM9,706) jika mengikut tukaran wang asing semasa dengan dua pilihan warna iaitu Hitam danMerah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami