Huawei Mate 30 Pro mendapat skor tertinggi dari DXoMark

Pada 19 September yang lepas Huawei telahpun melancarkan siri terbaru Huawei Mate 30 yang hadir dengan 3 pilihan model iaitu Huawei Mate 30, Mate 30 Pro dan Mate 30 RS Porsche Design.

Setelah beberapa hari ia dilancarkan, pihak DxOMark yang cukup terkenal dengan ujian skor terhadap kualiti kamera dari telefon pintar telah mengeluarkan skor mereka untuk Huawei Mate 30 Pro yang mendapat skor 121 secara keseluruhan, sekaligus menjadikan Huawei Mate 30 Pro yang mempunyai skor tertinggi dikalangan dengan fon lain.

Manakala pada bahagian video, Mate 30 Pro mendapat skor 100, kamera swafoto dengan skor 97 dan video swafoto dengan skor 88. Dalam senarai skor juga, dapat lihat Samsung Galaxy Note 10+ 5G di tempat kedua dengan skor 117 dan Huawei P30 Pro di tempat ketiga dengan skor 116.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami