Harga iPhone Xr telah dikemaskini dan selamat tinggal iPhone Xs

Pada hari ini nampaknya Apple telah membuat tindakan yang mengejutkan apabila telah mengeluarkan harga rasmi buat iPhone 11 dan iPhone 11 Pro/Max di Malaysia.

Dalam pada itu juga, dalam senarai jualan iPhone, tiada lagi iPhone Xs dan iPhone Xs Max dalam senarai jualan buat laman web rasmi Apple Malaysia. Untuk model lama, hanya iPhone Xr dan iPhone 8/Plus sahaja yang dipaparkan. Senarai harga yang telah dikemaskini :

iPhone XR 

  • 64GB – RM2,899
  • 128GB – RM3,099 

iPhone 8 Plus

  • 64GB – RM2,699 
  • 256GB – RM2,899 

iPhone 8 

  • 64GB – RM2,199 
  • 256GB – RM2,399

Sekaligus, iPhone Xs dan iPhone Xs Max akan menerima nasib yang sama seperti iPhone X yang telah diberhentikan penjualannya. Ini mungkin kerana Apple ingin memberi laluan untuk penjualan iPhone 11 dan iPhone 11 Pro/Max. Namun anda mungkin masih boleh mendapatkan iPhone Xs/Max pada penjual Apple yang sah dan penjual lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami