Cip pemproses Huawei Kirin 990 – Pesaing hebat kepada Apple A13

Kemeriahan IFA 2019 bukan takat perkenalan peranti sahaja, malah Huawei juga turut perkenalkan generasi cip pemproses mereka yang seterusnya iaitu Kirin 990 yang bakal digunakan pada siri Mate 30 yang akan dilancarkan pada 19 September ini.

Mengikut dari tarikh itu, ia adalah selepas pelancaran siri iPhone 11 yang dijadualkan pada 10 September ini yang juga pada bulan yang sama. Jadi, pada bulan ini kita akan diperlihatkan dengan dua cip pemproses yang berkuasa dari Huawei buat Kirin 990 dan Apple A13.

Kirin 990 yang mempunyai saiz 7nm menjanjikan kelajuan yang lebih pantas berbanding cip pemproses mereka terdahulu, mempunyai versi 5G yang sedia-ada dengan cip Balong 5000, kelajuan muat turun sehingga 2.3Gbps dan kelajuan muat naik 1.25Gbps.

Selain itu juga, ia turut dilengkapi dengan teknologi AI yang mampu menaiktaraf fungsi kamera dan hasil gambar. Selain dari Mate 30, Kirin 990 juga akan dijana pada peranti siri Huawei P40 pada tahun depan. Hebat atau tidak Kirin 990 ini? Sama-sama kita rasakannya nanti.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: