Cip pemproses Exynos 980 5G akan hadir buat peranti kelas pertengahan Vivo?

Baru-baru ini Samsung telah mengumumkan cip pemproses terbaru keluaran mereka yang mempunyai teknologi 5G iaitu Exynos 980 yang akan digunakan buat peranti kelas pertengahan, bukan kelas atasan.

Hari ini Vivo telah mengumumkan pula bahawa syarikat itu bekerjasama dengan Samsung untuk peranti keluaran mereka yang akan menggunakan cip pemproses Exynos 980 yang mempunyai teknologi 5G pada peranti kelas pertengahan.

Dari segi spesifikasi Exynos 980, ia direka dengan saiz sekecil 8nm octa-core processor dengan 2x prestasi-tinggi Cortex-A77 pada 2.2GHz dan 6x kecekapan Cortex-A55 pada 1.8GHz. Selain itu, ia juga mempunyai Mali-G76 MP5 GPU yang dicipta khas buat permainan mudah alih.

Tambahan lagi, ia juga turut menyokong WiFI 6, Bluetooth 5.0, GNSS, LPDDR4x RAM, UFS 2.1, eMMC 5.1 storage, menyokong paparan sehingga WQHD+, teknologi AI pada pelbagai aspek, menyokong dwi-kamera 20MP dan satu kamera 108MP.

Peranti dengan cip pemproses Exynos 980 ini mungkin akan hadir sekurang-kurangnya penghujung tahun ini atau mungkin menjelang tahun 2020.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: