Black Shark 2 Pro kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM2,499

Black Shark hari ini telah melancarkan secara rasmi telefon pintar kedua mereka untuk tahun ini, Black Shark 2 Pro yang memfokuskan pada ciri permainan mudah alih dengan rekaan yang unik dan dijana dengan kuasa Snapdragon 855+, bateri sebesar 4000mAh bersama pengecasan 27W, juga mempunyai 12GB RAM dan storan jenis UFS 3.0.

Pada spesifikasi, Black Shark 2 Pro mempunyai dwi-kamera 48MP + 13MP. Manakala skrin AMOLED 6.39-inci mempunyai latensi 34.7ms yang lebih rendahberbanding Black Shark 2 biasa sebelum ini 43.5ms. Selain itu pada spesifikasi semuanya hampir serupa.

Dari segi rekaan, ia juga dilengkapi dengan jenis grip yang telah dinaiktaraf dan penambahan dua lagi lampu RGB yang diletakkan dibahagian panel belakang. Manakala dari segi warna, Black Shark 2 Pro mempunyai 3 pilihan warna yang lebih unik.

Black Shark 2 Pro akan mula dijual di pasaran tempatan dengan tawaran harga RM2,499 untuk 8GB RAM dan 128GB storan dan RM2,999 untuk 12GB RAM dan 256GB storan dengan pilihan warna Shadow Black, Gulf Blue dan Iceberg Blue.

Menariknya lagi, untuk pelanggan terawal yang membeli Black Shark 2 Pro di Shopee, akan mendapat hadiah percuma Black Shark Powerbank yang bernilai RM99.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: