Black Shark 1 akhirnya mendapat kemaskini Android 9 Pie

Black Shark adalah jenama telefon pintar yang memfokuskan pada ciri permainan mudah alih. Ia mula diperkenalkan pada April 2018 dengan model Black Shark 1. Sehingga kini, sudah 4 model keluaran Black Shark di pasaran. Dan paling terbaru adalah Black Shark 2 Pro.

Setelah 1 tahun lebih Black Shark 1 dilancarkan yang menjalankan sistem operasi Android 8 Oreo siap-pasang dalam kotak jualan, kini peranti itu baru sahaja mendapat kemaskini Android 9 Pie.

Kemaskini ini boleh dilakukan terus melalui fon. Antara yang terbaru terhadap Android 9 Pie adalah versi SharkSpace dan GamerStudio terbaru. Selain itu, terdapat juga pelbagai perkara baru buat kemaskini ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: