ASUS ROG Phone 2 akan mendarat di Malaysia pada 16 Oktober ini

ASUS ROG bukan jenama yang asing lagi dalam dunia permainan mudah alih. Selepas banyak mengeluarkan peranti permua komputer, ASUS turut keluarkan pada telefon pintar juga yang kini sudah masuk versi kedua iaitu ASUS ROG Phone 2.

Sebelum ini ASUS Malaysia telah mendedahkan perbandingan antara spesifikasi dan tawaran dari ROG Phone 2 versi Malaysia dan versi China (Tencent). Ternyata tawaran lebih menarik adalah dari versi Malaysia.

Ketahui lebih tentang ASUS ROG Phone 2 di pautan ini

Kini ASUS Malaysia telah mengumumkan bahawa ASUS ROG Phone 2 akan menemui peminat di Malaysia pada 16 Oktober ini dan ia adalah berita baik buat yang menanti-nantikan versi rasmi di Malaysia.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: