Android 10 kini hadir buat Google Pixel, Essential Phone dan Redmi K20 Pro

Umum sedia maklum bahawa Google telah mengumumkan nama rasmi buat Android mereka yang ke-10 yang diberi nama sebagai Android 10 disebalik nama pencuci sebelum ini.

Kini Android 10 sudah sedia untuk dikemaskini buat peranti Google Pixel pertama hingga Pixel 3 XL secara rasmi pada pengguna global. Jadi, jika anda pengguna Google Pixel di Malaysia, anda sudah boleh kemaskini peranti anda ke Android 10. Pastikan mendapat sambungan WiFi yang kuat untuk muat turun perisian ini.

Pengguna Essential Phone juga tidak terkecuali mendapat kemaskini,manakala kemaskini Android 10 buat Redmi K20 Pro hanya khas buat negara China (MIUI 10.4.40) dan India (MIUI 10.4.7.0) sahaja buat masa ini melalui perisian MIUI 10.

Antara yang terbaru dengan Android 10 adalah tema gelap, kawalan privasi yang lebih baik, notifikasi balas mesej yang pintar, gestur notifikasi, peningkatan pada kamera dan media, juga beberapa perkara lain yang turut diperbaharui melalui Android 10.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: