Selamat tinggal WhatsApp


WhatsApp adalah antara aplikasi yang wajib bagi pengguna telefon pintar di Malaysia untuk menghubungkan antara satu sama lain. Sama ada panggilan mahupun mesej. Namun buat pengguna iPhone yang masih menggunakan iOS 8 dan Android versi Gingerbread, anda perlu ucapkan selamat tinggal pada aplikasi WhatsApp.
Ini kerana sokongan WhatsApp akan terhenti pada kedua-dua versi sistem operasi tersebut bermula 1 Februari 2020. Anda tidak lagi boleh mencipta akaun baru mahupun menggunakan akaun sedia pada WhatsApp bermula tarikh tersebut.
(Sumber)