Berita baik : Spider-Man kembali semula di MCU, Tom Holland masih watak utama


Sebelum ini kita sudah dengar laporan mengenai watak ikonik Marvel yang iaitu Spider-Man yang dimiliki oleh Sony Pictures telah menarik semula watak itu dari Marvel Cinematic Univers (MCU) dan ia adalah satu perkara yang mengecewakan kebanyakan peminat Marvel dan Spider-Man.
Kini menerusi laporan terbaru, pihak Sony Pictures dan MCU sudah mendapat kata sepakat untuk mengeluarkan filem Spider-Man yang ketiga selepas filem Far From Home. Jadi, kita masih akan diperlihatkan lagi watak Spider-Man dalam filem keluaran MCU.
“Saya gembira bahawa perjalanan Spidey dalam MCU akan diteruskan, saya dan kami semua di Marvel Studios sangat teruja supaya kami dapat terus bekerja,” menurut Kevin Feige.
Menariknya lagi dalam filem Spider-Man ketiga ini, Tom Holland masih akan dikekalkan sebagai watak utama Peter Parker dan terdapat juga laporan bahawa watak Venom mungkin akan muncul dalam filem ketigananti. Apa pun, sama-sama kita nantikan.