iPhone 11 Pro menerima anugerah paparan skrin terbaik oleh DisplayMate

iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max adalah iPhone yang telah dinaiktaraf kualiti paparannya berbanding iPhone Xs dan iPhone Xs Max dari OLED biasa kepada OLED Super Retina XDR.

Menerusi ujikaji yang dijalankan oleh DisplayMate, iPhone 11 Pro Max telah mendapat gred A+ sekaligus menjadi paparan skrin yang paling terbaik dikalangan telefon pintar yang lain. Ia juga dikatakan adalah major naiktaraf berbanding paparan terdahulu yang mempunyai peningkatan kecerahan, ketepatan warna, dan 15% lebih kecekapan kuasa.

DisplayMate juga turut mengatakan bahawa tahap kecerahan iPhone 11 Pro Max mencecah 770 nit dan 820 nit untuk level gambar yang biasa pada 50%, yang mana dua kali ganda pada kebiasaan paparan oleh peranti flagship yang lain. Jika dibandingkan dengan iPhone Xs Max, iPhone 11 Pro Max mempunyai peningkatan 17% kecerahan yang penuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami