Apple Watch telah menyelamatkan nyawa seseorang!

Pada beberapa hari yang lalu, media sosial telah digemparkan dengan berita seorang pengguna Apple Watch yang terjatuh dari kayuh basikal dan mengalami luka dibahagian kepala. Menariknya, fungsi baru pada Apple Watc yang dimiliki beliau telah menyelamatkan nyawa beliau sendiri.

Ia adalah fungsi ‘fall detection’ yang mampu mengesan pengguna sekiranya terjatuh, terus memanggil panggilan kecemasan dan memberi mesej amaran bersama lokasi kejadian kepada individu yang telah disenaraikan dalam Apple Watch berikut sekiranya berlaku kecemasan.

Dalam kes ini, mangsa tersebut ialah Bob Burdett yang sedang membuat aktiviti luar kayuh basikal dan telah mengalami kecelakaan. Apple Watch milik beliau telah mengesan dan menghantar mesej kecemasan kepada anak beliau yang secara pantas terus ke tempat kejadian. Ini sememangnya fungsi yang sangat membantu!

Buat anda yang ingin menggunakan fungsi ‘fall detection’, ia hanya tersedia buat Apple Watch Series 4 dan 5 sahaja. Cara untuk aktifkan fungsi ini adalah dengan cara : iPhone > Watch > Emergency SOS > Fall Detection > On

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami