Xiaomi Mi TV Pro akan hadir dengan skrin bersaiz 43, 55 dan 65-inci bersama paparan 4K tanpa bingkai

Pada acara khas Xiaomi yang telah dijadualkan pada 24 September ini, bukan sahaja peranti terbaru Xiaomi Mi MIX 4 dan Mi 9 Pro yang bakal dilancarkan, malah terdapat juga MIUI 11 yang turut akan diperkenalkan dan akan menjadi acara yang besar.

Baru-baru ini Xiaomi telah mendedahkan bahawa mereka akan perkenalkan televisyen pintar iaitu Mi TV Proyang mempunyai paparan skrin tanpa bingkai dengan tiga model iaitu 43-inci, 55-inci dan 65-inci yang mempunyai paparan 4K.

Dari segi rekaan, Mi TV Pro menggunakan bingkai jenis aloi dan 3D carbon fiber pada bahagian panel belakang. Mi TV Pro juga dilihat mempunyai rekaan yang ekslusif dan tampak premium dengan warna kelabu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami