OnePlus 7T dengan 8GB RAM dan Android 10 telah didedahkan melalui Geekbanch


Pelancaran rasmi siri OnePlus 7T telah dijadualkan pada 26 September ini dan pada acara khas itu juga OnePlus bakal memperkenalkan televisyen pintar pertama mereka iaitu OnePlus TV.
Baru-baru ini CEO OnePlus, Pete Lau telah mendedahkan rekaan sebenar OnePlus 7T yang berwarna biru seakan warna Nebula Blue OnePlus 7 Pro dan menggunakan tri-kamera berbentuk bulat.


Kini terdapat beberapa maklumat tentang OnePlus 7T telah didedahkan melalui Geekbanch dengan kod model HD1903. Dari senarai maklumat yang terdedah, peranti itu dilengkapi dengan 8GB RAM dan sistem operasi Android 10 menunjukkan OnePlus 7T mungkin akan hadir dengan Android 10 siap pasang dalam kotak jualan.