Selamat tinggal Windows – Huawei MateBook kini hadir dengan sistem operasi ‘Linux’

Sebelum ini kita sudah mendengar pelbagai isu yang terpalit antara Huawei dan kerajaan Amerika Syarikatyang telah menyenaraikan Huawei dalam senarai hitam AS dan menyebabkan Huawei disekat kerjasamanya dengan beberapa syarikat teknologi yang berpangkalan di AS.

Kini ia dilihat telah memberikan impak apabila Huawei telah melancarkan siri komputer riba terbaru mereka iaitu siri MateBook yang dilengkapi dengan sistem operasi berasaskan Linux yang digelar sebagai Deepin (sumber terbuka), tiada lagi sistem operasi Windows siap-pasang seperti kebiasaan komputer riba lain di pasaran.

Huawei MateBook yang diperkenalkan adalah MateBook 13 yang dikuasakan dengan cip pemproses intel i5, kad grafik Nvidia GeForce MX250, 8GB RAM dan 512GB SSD. Skrin bersaiz 13-inci IPS resolusi 2160 x 1440 piksel.

Manakala MateBook 14 yang bersaiz 14-inci dan MateBook X Pro juga menggunakan cip pemproses, kad grafik, RAM dan storan SSD yang sama sepert MateBook 13. Cuma MateBook X Pro mempunyai skrin bersaiz 13.9-inci LTPS dengan resolusi 3000 x 2000 piksel.

Harga jualan mengikut tukaran wang asing :

  • MateBook 13 : CNY 5,399 (~RM3,186)
  • MateBook 14 : CNY 5,699 (~RM3,363)
  • MateBook X Pro : CNY 8,699 (~RM5,133)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami