OPPO Reno Ace dengan Super VOOC 65W mampu mengecas bateri 4000mAh penuh 100% dalam masa 30 minit sahaja

Sebelum ini kita sudah tahu bahawa Oppo antara syarikat terawal yang menggunakan pengecasan pantas 50W buat edisi khas Oppo Find X Lamborghini dengan kemampuan mengecas peranti bateri 3400mAh itu penuh 100% dalam masa 35 minit sahaja.

Dan baru-baru ini juga Oppo telah mengumumkan teknologi pengecasan pantas berwayar terbaru mereka dengan kuasa Super VOOC 65W. Kini terdapat video yang telah dikongsikan di Twitter menunjukkan teknologi itu mempunyai keupayaan mengecas Oppo Reno Ace sepantas 30 minit penuh 100% dengan bateri sebesar 4000mAh.

Teknologi Super VOOC 65W ini hadir pada Oppo Reno Ace yang bakal dilancarkan pada 10 Oktober ini. Antara teknologi baharu lain yang mungkin dilengkapi pada peranti ini adalah seperti paparan segar semula 90Hz, cip pemproses Snapdragon 855+ dan pelbagai lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami