Xiaomi Mi MIX 4 tertiris – Dilengkapi Snapdragon 855+, quad-kamera 108MP dan 12GB RAM

Menerusi laporan terkini, Xiaomi mungkin akan melancarkan Mi MIX 4 pada awal bulan hadapan. Dan jika benar, nampaknya bulan September adalah bulan yang agak padat dengan pelancaran telefon pintar baharu yang berkuasa dari China.

Dalam pada itu, terdapat beberapa maklumat tentang Xiaomi Mi MIX 4 yang telah tertiris menunjukkan peranti itu dilengkapi dengan pelbagai teknologi terbaharu bersama Snapdragon 855+, masih mengekalkan bicu audio 3.5mm dan mempunyai sokongan NFC.

Antara yang menarik adalah, Mi MIX 4 dilengkapi dengan paparan skrin resolusi 2K yang melengkung, namun tiada maklumat tentang saiz skrin tersebut. Selai itu, ia juga turut hadir dengan storan sebesar 1TB bersama UFS 3.0 dan 12GB RAM.

Dan seperti yang tertiris juga, Mi MIX 4 juga dikatakan mempunyai quad-kamera, 108MP sebagai kamera utama, 16MP kamera sudut lebar, 12MP dan satu lagi kamera.

Pada bahagian lain, ia juga turut hadir dengan bateri sebesar 4500mAh bersama pengecasan pantas 30W. Laporan juga menyebut bahawa Mi MIX juga mungkin akan turut menyokong pengecasan tanpa wayar dan keupayaan mengecas peranti lain tanpa wayar seperti Samsung PowerShare.

Dan yang menariknya lagi, Mi MIX 4 mungkin adalah peranti pertama dari Xiaomi yang bakal menggunakan MIUI 11 terbaru berdasarkan Android Q. Namun tidak pasti sama ada ia akan hadir dengan teknologi 5G atau tidak. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: