Xiaomi Mi 9T Pro kini rasmi – Harga, spesifikasi, tarikh penjualan di Malaysia

Xiaomi Mi 9T Pro adalah antara telefon pintar yang ditunggu-tunggu selepas Xiaomi melancarkan Mi 9T pada 20 Jun yang lepas di Malaysia dengan tawaran harga bermula RM1,199. Seperti kita tahu, Mi 9T adalah penjenamaan semula dari Redmi K20.

Kini Xiaomi telah melancarkan Mi 9T Pro yang juga penjenamaan semula dari Redmi K20 Pro. Mi 9T Pro boleh dikatakan mempunyai spesifikasi yang sama seperti Redmi K20 Pro, dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 855.

Hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.39-inci FHD+ dengan ratio skrin-ke-badan 91.9%, dilengkapi dengan tri-kamera 48MP Sony IMX586 f/1.75 + 13MP f/2.4 (Ultra-wide) + 8MP f/2.4 (Telefoto). Manakala pada bahagian hadapan, ia menggunakan kamera swafoto 20MP yang dilengkapi dengan teknologi AI dan kamera bermotor jenis pop-up.

Xiaomi juga mengatakan pergerakan bermotor kamera pop-up mampu bertahan sehingga 300,000 kali, jangkaan dalam 5-7 tahun.

Mempunyai bateri sebesar 4000mAh bersama pengecasan pantas 18W didalam kotak, namun ia menyokong sehingga 27W. Selain itu, masih mengekalkan bicu audio 3.5mm yang terletak di bahagian atas.

Apa yang menariknya lagi, ia juga mempunyai Hi-Res Audio untuk pengalaman menonton video, dengar lagu dan bermain game yang lebih baik. Warna yang ditawarkan adalah Glacier Blue, Carbon Black, dan Red Flame.


Harga yang ditawarkan buat pasaran eropah adalah bernilai €399.90 (~RM1,852) buat versi 6GB RAM 64GB storan, manakala buat storan 128GB dijual dengan harga €449.90 (~RM2,083). Kedua-dua versi mempunyai 6GB RAM yang sama.

Namun setakat ini harga rasmi di Malaysia masih belum didedahkan. Kami menjangkakan ia bakal dilancarkan secara rasmi oleh Xiaomi Malaysia pada minggu hadapan dan dijual antara 26 Ogos atau 30 Ogos jika merujuk pada Shopee rasmi Xiaomi dengan harga sekitar RM1,599 ~ RM1,899.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: