Xiaomi Mi 9T Pro kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM1,599

Peranti yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Setelah Xiaomi mula perkenalkan Mi 9T pada bulan Jun yang lepas, kini Xiaomi Mi 9T Pro hari ini akhirnya telah rasmi di Malaysia.

Seperti semua sedia maklum, Mi 9T Pro mempunyai spesifikasi yang sama seperti Redmi K20 Pro yang dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 855 dan mempunyai 8 lapisan sistem penyejukan.

Hadir dengan skrin Super AMOLED bersaiz 6.39-inci FHD+ dengan ratio skrin-ke-badan 91.9%, dilengkapi dengan tri-kamera 48MP Sony IMX586 f/1.75 + 13MP f/2.4 (Ultra-wide) + 8MP f/2.4 (Telefoto).

Manakala pada bahagian hadapan, ia menggunakan kamera swafoto 20MP yang dilengkapi dengan teknologi AI dan kamera bermotor jenis pop-up yang mampu bertahan sehingga 300,000 kali.

Perbandingan Mi 9 dan Mi 9T Pro di pautan ini.

Mempunyai bateri sebesar 4000mAh bersama pengecasan pantas 18W didalam kotak, namun ia menyokong sehingga 27W. Selain itu, masih mengekalkan bicu audio 3.5mm yang terletak di bahagian atas, dan menyokong Hi-Res Audio.

Harga rasmi Malaysia yang ditawarkan berharga RM1,599 untuk storan 6GB + 64GB. Manakala RM1,799 untuk 6GB + 128GB.Kedua-dua versi ini akan tersedia di Lazada, Shopee dan kedai jualan rasmi Xiaomi Mi Store Malaysia bermula 30 Ogos ini.

Pilihan warna yang ditawarkan adalah Glacier Blue, Carbon Black, dan Red Flame. Manakala buat warna Pearl White, ia hanya tersedia buat pembelian di kedai jualan rasmi Xiaomi Mi Store sahaja.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: