Xiaomi Mi 9T Pro ditawarkan dengan harga RM1,499 dan percuma Mi Band 3

Hari ini Xiaomi Malaysia secara rasmi telah melancarkan penjualan rasmi Mi 9T Pro di Malaysia. Dan semestinya ia mempunyai spesifikasi yang begitu mengagumkan bersama tawaran harga yang sangat murah.

Harga yang ditawarkan adalah RM1,599 buat 6GB RAM + 64GB storan dan RM1,799 buat 6GB RAM + 128GB storan dengan pilihan warna Glacier Blue, Carbon Black, dan Red Flame.

Bukan itu sahaja, Xiaomi Malaysia juga turut menawarkan harga promosi buat Mi 9T Pro 6GB RAM + 64GB dengan harga RM1,499 pada 26 Ogos hingga 27 Ogos sahaja di Shopee rasmi Xiaomi.

Manakala buat Mi 9T Pro 6GB RAM + 128GB storan, Xiaomi Malaysia menawarkan harga bernilai RM1,699 bersama hadiah percuma Mi Band 3 pada 30 Ogos ini juga di Shopee.

Selain itu, Xiaomi juga turut menawarkan beberapa hadiah percuma buat pengikut di Shopee Xiaomi Global Store yang ke 12K berpeluang memenangi 5x unit Mi EarBuds, pengikut ke 13K bakal memenangi 3x unit Mi Band 4 dan pengikut yang ke 15K bakal memenangi 1x unit Mi 9T Pro 6GB + 64GB. Peluang ini bermula hari ini sehingga 31 Ogos ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: