Xiaomi Mi 9S 5G terdedah – Peningkatan dari Mi 9

Setelah kejayaan buat siri Xiaomi Mi 9, kini terdapat laporan bahawa Xiaomi bakal perkenalkan siri Mi 9 seterusnya yang dilengkapi dengan teknologi 5G.

Berdasarkan laporan, nombor model yang terdedah adalah M1908F1XE yang disenarikan di laman web TENAA sebagai telefon mudah alih digital 5G yang menyokong 5G NSA 41, 78, dan 79.

Ada yang berpendapat Xiaomi akan menamakan model ini sebagai Xiaomi Mi 9S 5G yang bakal dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 855+, bateri 4000mAh yang lebih besar, RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 512GB.

Selain itu, seperti biasa ia masih menggunakan skrin AMOLED 6.39-inci FHD+ takuk WaterDrop, pengimbas cap jari di skrin, kamera swafoto 20MP dan turut dilengkapi dengan tri-kamera 48MP.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: