Xiaomi mempatenkan ‘Selendang Pintar’ yang mampu memanaskan dan menyesuaikan ketatnya secara automatik

Nampaknya gajet, telefon pintar dan peralatan rumah pintar adalah sesuatu yang biasa. Kini Xiaomi ingin mencipta sesuatu yang diluar kebiasaan dan lain dari yang lain dengan mempatenkan Selendang Pintar.

Kita tahu, ramai menggunakan selendang dibahagian leher mahupun kepala dalam pelbagai cuaca, lebih-lebih lagi cuaca sejuk bagi mengelakkan kesejukan melampau pada bahagian leher. Ia juga dilihat salah satu fesyen.

Oleh itu, selendang pintar ini mempunyai keupayaan untuk memanaskan pengguna dan berupaya menyesuaikan atau melonggarkan ketatnya secara automatik mengikut perubahan suhu.

Selendengan ini dilengkapi dengan unit penginderaan suhu dan unit pemanasan inframerah. Selain itu, selendang ini juga masih mengekalkan rekaan secara biasa seperti yang anda gunakan sekarang dengan keupayaan mengesan haba untuk penyesuaian situasi sekeliling.

Menariknya lagi, selendang pintar ini adalah salah satu peranti boleh dipakai dari Xiaomi dan boleh disambungkan terus ke telefon pintar melalui Bluetooth ataupun WiFi. Tahap kepanasan dan keketatan juga turut boleh dikawal melalui peranti dengan aplikasi yang tersedia.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: