Video 1080p kini boleh dimuat turun melalui YouTube Premium

YouTube Premium adalah langganan yang tersedia di YouTube buat anda yang ingin pengalaman tontonan video tanpa iklan, muat turun video dan pelbagai lagi perkhidmatan yang disediakan.

Sebelum ini muat turun video hanya tersedia buat 720p, kini menerusi perkongsian dari 9to5mac, muat turun video secara luar talian telah tersedia buat resolusi 1080p FHD buat Android dan juga iPhone.

Namun tak dapat dipastikan sama ada 1080p akan tersedia juga buat tontonan YouTube tanpa langganan. Malah, tidak pasti ia dalam fasa ujian atau hanya tersedia buat beberapa negara terpilih sahaja.


FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: