Unifi Air diumumkan – Internet jalur lebar tanpa wayar dengan kuota tanpa had berharga RM79

Telekom Malaysia (TM) hari ini telah mengumumkan internet jalur lebar yang terbaharu khas buat pelanggan sedia ada yang menggunakan streamyx atau penempatan yang tiada sokongan Unifi.

Tawaran Unifi Air ini adalah rangkaian tanpa wayar yang mempunyai kelajuan 4G LTE sehingga 20Mbps dan mempunyai kuota tanpa had dengan harga RM79 sahaja buat pelanggan Streamyx sedia ada dan RM129 untuk pelanggan baru.

Menariknya lagi, ia turut hadir dengan modem khusus yang boleh dipasang sendiri oleh pelanggan dengan cara yang mudah dan boleh di akses oleh pelbagai peranti mudah alih sehingga 64 peranti keseluruhan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: