Tiada lagi Spider-Man di MCU

Laporan terkini telah menyebut bahawa Presiden Marvel Studios Kevin Feige tidak akan lagi mengeluarkan filem Spider-Man kerana ketidakupayaan oleh Disney dan Sony Pictures untuk mencapai terma baru yang akan memberikan bekas pembiayaan bersama ke hadapan.

Kita juga tahu bahawa watak Spider-Man sebenarnya adalah dimiliki oleh syarikat Sony walaupun ia sebahagian dari watak dalam komik Marvel.

Satu pertikaian yang berlaku sejak beberapa bulan lalu pada pihak atasan Disney dan Sony pada dasarnya telah menghalang Kevin Feige, dan penglibatannya terhadap masa depan Marvel untuk menghasilkan filem Spider-Man seterusnya, menurut sumber.

Sony juga dalam satu kenyataan yang dikongsikan melalui Comicbook telah menyatakan “Kami kecewa, tetapi menghormati keputusan Disney untuk tidak memilikinya terus sebagai penerbit utama filem Spider-Man kami yang seterusnya.”

Menurut sumber lagi, Sony dikatakan tidak mengapa tanpa Kevin Feige sekalipun kerana mereka mempunyai kumpulan yang akan mengambil alih. Tambahan lagi, laporan juga menyebut bahawa sekurang-kurangnya dua lagi filem Spider-Man yang bakal dikeluarkan dan mengekalkan Tom Holland sebagai pelakon utama yang diarahkan oleh Jon Watts.

Dengan berita ini, kita mungkin tidak lagi melihat watak Spider-Man dalam filem-filem terbitan MCU (Marvel Cinematic Universe) yang seterusnya. Namun jika sekali lagi ada persefahaman dan kerjasama, mungkin kita akan melihatnya lagi pada masa hadapan.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: