Tiada lagi nama pencuci mulut untuk Android

Oleh : Sahmel Watanabay

Hari ini berakhir era nama pencuci mulut untuk Android. Google mengumumkan bahawa Android Q tidak akan mendapat nama panggilan pencuci mulut atau ‘Q’. Suatu tradisi yang telah berlaku selama sedekad, kini telah menuju ke pengakhiranya.

Android Q hanya akan dipanggil ‘Android 10’ dan Google telah melancarkan rupa baru untuk jenama Android. Badannya telah dibuang dan tinggal kepalanya sahaja.

Kenapa Google tak pakai nama pencuci mulut? 

Google mendakwa mereka telah mendengar maklum balas selama bertahun-tahun mengenai panggilan pencuci mulut yang tidak selalu difahami oleh masyarakat global.

Contoh yang diberikan adalah untuk L dan R, yang tidak dapat dibezakan dalam beberapa bahasa. Jadi jika seseorang berkata “Android Lollipop,” tidak jelas bahawa mereka bercakap tentang versi selepas KitKat. Google juga bercakap tentang bukan semua pencuci mulut popular di sesetengah tempat.

Adalah penting bagi Google untuk nama-nama Android itu jelas pada skala global. Mulai sekarang, versi Android akan hadir dengan nombor. Sama seperti Apple iOS.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: