Terbaik! – BoBoiBoy Movie 2 telah meraih kutipan RM1.18 juta pada tayangan hari pertama

Filem animasi tempatan dilihat saban tahun semakin mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia. Ini dibuktikan dengan kutipan filem animasi BoBoiBoy Movie 2 yang telah meraih kutipan RM1.18 juta dan 88,824 jumlah penonton keseluruhan pada tayangan pembukaan.

Sekaligus filem animasi dari Animonsta Studio menjadi filem animasi tempatan pertama di Malaysia mendapat jumlah kutipan sebanyak itu buat hari pembukaan tayangan yang bermula pada 8 Ogos yang lepas.

Ia sememangnya sangat membanggakan apabila melihat filem animasi tempatan sudah makin dipandang tinggi oleh penonton tempatan. Sejujurnya saya tidak terlalu terkejut, kerana lepas tonton filem ini sendiri saya dapat merasakan aura bahawa filem ini ada potensi yang tinggi.

Dari segi jalan cerita, grafik, dan watak yang dizahirkan sangat diluar jangkaan. Kerana ia adalah naskah filem animasi tempatan yang boleh dikatakan mempunyai pengisian yang boleh dipuji dalam pelbagai aspek.

Oleh itu, kami dari pihak TheSkop mengucapkan tahniah kepada Animonsta yang telah menjayakan filem BoBoiBoy Movie 2 ini dengan jayanya dan mendapat kutipan sejumlah Rm1.18 juta pada kutipan pembukaan.

Berikut 5 sebab kenapa filem ni bagus : Klik disini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: