Tempoh dagangan antara Huawei dan AS dilanjutkan selama 90 hari

Seperti semua sedia maklum sebelum ini pihak kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah melanjutkan tempoh dagangan bersama Huawei, dan tempoh itu sepatutnya telahpun tamat hari ini waktu Malaysia.

Namun menerusi laporan terkini, kerajaan AS telah mengesahkan bahawa mereka telah melanjutkan tempoh dagangan antara AS dan Huawei sehingga 19 November tahun ini. Bermakna, penambahan 90 hari lagi.

Selain syarikat Huawei, 46 buah syarikat lain dari China yang sebelum ini dalam senarai hitam oleh kerajaan AS juga turut dilanjutkan 90 hari juga tempoh dagangan mereka.

Perkara ini juga sememangnya adalah berita baik buat Huawei dan juga pengguna peranti Huawei kerana Huawei masih boleh berurusan dengan syarikat yang berpangkalan di AS buat sokongan perisian mahupun beberapa perkakasan di peranti Huawei sedia ada.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: