Telefon pintar pertama Huawei dengan Hongmeng OS akan diperkenalkan pada hujung tahun ini.

Saya pasti anda semua pasti keliru tentang status Hongmeng OS dari Huawei yang banyak diperkatakan sejak Huawei disenarai hitamkan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada Mei yang lepas.

Sebelum ini terdapat laporan bahawa Hongmeng OS hanya digunakan untuk peranti lain seperti peralatan IoT dan selain dari telefon pintar. Kini menerusi laporan terbaru dan beberapa sumber, ia nampaknya bercanggah.

Kerana terdapat laporan bahawa Huawei sedang mencuba Hongmeng OS buat telefon pintar mereka untuk melihat kesesuaian aplikasi Android buat OS tersebut. Tambahan lagi, sistem itu juga dikatakan mempunyai tahap keselamatan yang tinggi supaya data privasi tidak mudah dicuri.

“Telefon baru Huawei dengan sistem Hongmeng akan keluar di pasaran pada suku keempat, dengan sehingga beberapa juta unit dalam stok. Diharapkan telefon pintar itu akan muncul bersama dengan siri Huawei Mate 30” mengikut dari sumber.

Tambahnya lagi, “Tugas keutamaan Huawei untuk mencapai cita-cita ini adalah untuk menarik seberapa banyak pemaju yang dapat membina ekosistem.” Ini kerana bukan mudah untuk membina sesuatu OS dari mula kerana kita tahu OS sedia ada seperti Android dan iOS sangat kuat dipasaran sekarang.

Hatta, harga juga sudah dijangka dalam lingkungan CNY 2,000 (~RM1,202) dan memfokuskan pada pasaran telefon pintar kelas pertengahan dan kelas bawahan.

Apa pun, dengan berita ini sekali lagi mungkin adalah berita baik buat peminat Huawei yang menantikan Hongmeng OS sekian lama. Sejauh mana laporan ini benar? kita nantikan sahaja nanti pada suku tahun ke-4.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: