Tawaran promosi dari Touch’nGo dan TGV buat kaki wayang

Jika mahu menonton filem-filem terkini, pastinya TGV Cinemas adalah salah satu pawagam yang akan dipilih. Kini Touch’nGo (TNG) telah mengumumkan kerjasama mereka bersama TGV Cinemas untuk pengalaman pembayaran tanpa tunai secara digital.

Ia sememangnya berita baik buat pelanggan TGV kerana dengan kerjasama ini, TNG menawarkan solusi buat pembayaran tanpa tunai secara dalam talian mahupun luar talian yang terbaru untuk pembelian tiket wayang melalui aplikasi e-dompet TNG yang turut hadir dengan promosi.

Antara promosi yang menarik dengan kerjasama ini adalah pelanggan TGV boleh membeli tiket wayang melalui aplikasi e-dompet TNG dengan harga RM10 sahaja buat mana-mana filem yang ditayangkan di TGV tanpa had.

Bukan itu sahaja, TNG dan TGV juga turut menawarkan promosi kas setiap hari selasa dimana pelanggan boleh mendapatkan pakej 2x tiket wayang dan 1x popcorn dengan harga istimewa RM25 sahaja!

Tawaran promosi ini akan berlangsung pada 1 Septemberi ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: