Spesifikasi Google Pixel 4 tertiris – Dilengkapi dengan paparan 90Hz, 6GB RAM, bateri 3700mAh dan pelbagai lagi

Jika sebelum ini kita sudah tahu mengenai rekaan sebenar Google Pixel 4 yang mempunyai reka bentuk kamera seperti iPhone 11 yang bakal dilancarkan pada Septemberi ini.

Kita juga sudah tahu mengenai fungsi yang didedahkan oleh Google sendiri seperti motion sense,keselamatan pengimbas wajah seperti Face ID Apple dan pelbagai sensor yang digunakan.

Kini menerusi beberapa sumber, terdapat spesifikasi Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL yang telah tertiris. Seperti yang kita tahu, kedua-dua model ini akan menggunakan rekaan yang sama dengan skrin yang masih mengekalkan bingkai pada bahagian atas dan bawah.

Menariknya lagi, Pixel 4 dan Pixel 4 XL masing-masing akan dilengkapi dengan kadar segar semula 90Hz dan panel OLED pada paparan skrin. Pixel 4 mempunyai saiz skrin 5.7-inci FHD+ dan Pixel 4 XL pula bersaiz 6.3-inci QHD+.

Kedua-dua model juga akan dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 855, disebalik Snapdragon 855+ yang memfokuskan kepada prestasi permainan mudah alih. Pilihan storan 64GB atau 128GB untuk pasaran AS dan 6GB RAM yang lebih besar berbanding siri Pixel 3.

Nampaknya ia adalah peningkatan RAM yang baik untuk siri Pixel kerana Google sebelum ini hanya menggunakan RAM sebesar 4GB dari siri Pixel 1 hingga siri Pixel 3. Dan dilihat kapasiti bateri juga ditingkatkan.

Kerana terdapat peningkatan pada kapasiti bateri buat kedua-dua model. Pixel 4 dibekalkan dengan bateri sebesar 2800mAh, manakala Pixel 4 XL dengan bateri sebesar 3700mAh.

Dan apa yang saya boleh jamin, siri Pixel 4 akan dilengkapi dengan pembesar suara stereo. Selain itu ia mungkin dilengkapi dengan beberapa fungsi baru dan peningkatan beberapa perkara.

Pada bahagian kamera pula seperti kita tahu, mempunyai tri-kamera. Dua lensa menggunakan 12MP dan satu lensa menggunakan 16MP dengan fungsi telefoto. Terdapat juga informasi bahawa Google sedang membangunkan aksesori kamera seperti DSLR buat siri Pixel.

Ini satu lagi berita baik buat peminat Google Pixel. Lebih-lebih lagi yang kerap menggunakan fungsi kamera pada siri Pixel.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: