Skor AnTuTu Redmi Note 8 Pro diperlihatkan

Seperti kita tahu, Redmi bakal melancarkan model terbaru mereka yang memfokuskan pada telefon pintar kelas pertengahan iaitu siri Redmi Note 8 yang telah dijadualkan pada 29 Ogos ini.

Siri Redmi Note 8 juga bakal menjadi telefon pintar pertama yang dikuasakan cip pemproses siri MediaTek Helio G90 memfokuskan pada prestasi permainan mudah alih.

Kini terdapat skor AnTuTu yang telah terdedah memperlihatkan Redmi Note 8 Pro mendapat skor keseluruhan sebanyak 281,033 yang menggunakan MediaTek Helio G90T. Ia boleh dikatakan skor yang agak tinggi buat telefon pintar kelas pertengahan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: