Siri Redmi Note 8 kini rasmi – Bateri yang besar dan quad-kamera lebih padu

Redmi hari ini telah melancarkan seacara rasmi Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro yang memfokuskan pada telefon pintar kelas pertengahan dengan spesifikasi yang cukup hebat.

Redmi Note 8 dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 665, skrin bersaiz 6.3-inci LCD dengan paparan FHD+, tiada paparan OLED yang bermaksud tiada pengimbas cap jari di skrin dan ia diletakkan pada bahagian belakang.

Mempunyai bateri sebesar 4000mAh bersama pengecasan pantas 18W dan USB-C, masih mengekalkan bicu audio 3.5mm, RAM sehingga 6GB dan storan sehingga 128GB.

Pada bahagian kamera, dilengkapi dengan quad-kamera 48MP sensor Samsung ISOCELL GM2, 8MP sudut lebar, 2MP makro dan 2MP bokeh. Manakala kamera hadapan menggunakan 13MP, dan juga mempunyai ketahanan Gorilla Glass 5 pada kaca depan dan belakang.

Redmi Note 8 Pro pula dijana dengan kuasa cip pemproses MediaTek Helio G90T, skrin bersaiz 6.53-inci LCD dengan paparan FHD+, dan juga mempunyai pengimbas cap jari dibahagian panel belakang.

Mempunyai bateri sebesar 4500mAh bersama pengecasan pantas 18W dan USB-C, masih mengekalkan bicu audio 3.5mm, RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 128GB.

Pada bahagian kamera, dilengkapi dengan quad-kamera 64MP sensor Samsung ISOCELL Bright GW1, 8MP sudut lebar, 2MP makro dan 2MP bokeh. Manakala kamera hadapan menggunakan 20MP, dan juga mempunyai ketahanan Gorilla Glass 5 pada kaca depan dan belakang.

Harga

Warna yang ditawarkan buat Redmi Note 8 adalah warna Hitam, Putih dan Biru. Akan dijual dengan harga CNY 999 (~RM589) untuk 4GB RAM + 64GB, CNY 1,199 (~RM707) untuk 6GB RAM + 64GB dan CNY 1,399 (~RM825) untuk 6GB RAM + 128GB storan.

Manakala buat Redmi Note 8 Pro, dijual dengan harga CNY 1,399 (~RM825) untuk 6GB RAM + 64GB dan CNY 1,799 (~RM1,061) untuk 8GB RAM + 128GB storan. Harga adalah mengikut tukaran wang asing semasa.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: